Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi

Posted on -

BAHAGIAN Matrikulasi, Kementerian Pelajaran merancang meluaskan kerjasama dengan universiti terkemuka di Amerika Syarikat dan Australia untuk menghantar pelajar cemerlang di bawah Program Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi, pada masa depan. Kalender akademik program matrikulasi kpm sesi 2018/2019 Tawaran Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi tahun 2018 SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM MATRIKULASI DI BAWAH PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG KE LUAR NEGARA TAHUN 2018.

Biasiswa jpaSkim latihan tenaga pengajar program matrikulasi (sltppm)

Berita Harian

Oleh Syuhada Choo Abdullah

Pelajar dipilih ikuti ijazah di 5 universiti berprestij United Kingdom
SERAMAI 50 lulusan cemerlang Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran akan dihantar melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka luar negara menerusi Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi, tahun depan.
Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran, Prof Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, berkata bilangan itu meningkat lebih sekali ganda berbanding hanya 21 pelajar dihantar tahun ini dan 18 pada tahun lalu.

Tenaga

Katanya, pelaksanaan itu adalah salah satu agenda pengantarabangsaan program matrikulasi yang menjadi antara fokus utama bahagian berkenaan dalam Pelan Strategik Jangka Panjang.
Sambil menjelaskan penghantaran tahun ini sudah berlepas pada 21 September lalu, beliau berkata, pelajar terpilih itu mengikuti pengajian ijazah pertama dalam bidang sains di lima universiti berprestij United Kingdom.
Universiti terbabit ialah University of Surrey, University of Nottingham, University of Birmingham, University of Manchester dan King's College, University of London.

'Menerusi jalinan kerjasama dimeterai sejak 2006, universiti terbabit berkeyakinan untuk memberi keistimewaan kemasukan terus kepada lulusan cemerlang Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran,' katanya.
Peraturan sedia ada di United Kingdom mensyaratkan pelajar tempatan dan antarabangsa menjalani saringan ujian Perkhidmatan Kemasukan Universiti dan Kolej (UCAS) sebelum layak memasuki mana-mana universiti negara itu.
'Pihak universiti terbabit bersetuju memberi laluan kemasukan terus khas kepada lulusan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran selepas meneliti dan yakin terhadap kualiti kurikulum program ini.
'Selain itu, ia juga atas dasar kepercayaan kepada jaminan bahagian ini untuk hanya menghantar lulusan terbaik yang mampu mengikuti pengajian dengan cemerlang.
'Ternyata pelajar yang dihantar berjaya membuktikan prestasi pencapaian tinggi. Malah, tinjauan terhadap kumpulan pertama mendapati seorang daripada empat pelajar yang mengikuti pengajian bidang Fizik di University of Surrey menduduki tempat teratas dalam peperiksaan akhir semester, manakala yang lain memasuki senarai tujuh terbaik,' katanya kepada Berita Harian.
Dalam konteks ini, Zainal Abidin berkata, kerajaan membelanjakan hampir RM500,000 untuk setiap pelajar berkenaan yang ditaja menerusi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke universiti luar negara.
Katanya, pelajar dihantar ke United Kingdom akan mengikuti pengajian ijazah pertama selama tiga tahun dan setahun lagi menjalani latihan perguruan lepasan ijazah di sekolah negara itu.

Biasiswa Jpa

BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR TEKNIKAL (SLTP) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DALAM NEGARA
Program Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP) yang diuruskan oleh Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi adalah satu program bagi menyediakan bekalan tenaga pengajar terlatih untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti.
Tawaran ini dibuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan, UTP, MMU dan UNITEN sahaja.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA SLTP DI DALAM NEGARA ( Tawaran dibuka sekali setahun sahaja) :
Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja;
Telah mendapat tawaran untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan;
Sekurang-kurangnya mempunyai baki pengajian 2 tahun dan ke atas;
Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 01 Januari 2010 ;
Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.75 dan ke atas di peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/STPM ;
Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain ;
Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM ;
Mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam peperiksaan MUET ;
Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan ; dan
Mempunyai minat dan kecenderungan untuk berkhidmat sebagai pendidik.
PEMILIHAN
Proses pemilihan akan diadakan dalam dua peringkat iaitu:-
Hanya calon-calon yang memenuhi semua syarat yang ditetapkan akan dipanggil untuk menduduki Ujian MeDSi yang akan dikendalikan oleh BAHAGIAN LATIHAN KERJAYA, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.
Calon-calon yang berjaya dalam ujian tersebut akan dipanggil untuk pemilihan dalam sesi temuduga yang akan diurusetiakan oleh BAHAGIAN LATIHAN KERJAYA, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
KONTRAK PERKHIDMATAN
Pemohon yang menerima tawaran Biasiswa ini dikehendaki berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Politeknik atau Kolej Komuniti dan sekiranya enggan, tuntutan gantirugi akan dikenakan mengikut kos tertentu atau perbelanjaan sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan sebagaimana dinyatakan dalam perjanjian.
PERMOHONAN / PERTANYAAN
Tawaran ini hanya dibuka sekali setahun.
Permohonan secara atas talian (online) sahaja akan dibuka pada 9 Jun 2009 di laman web mohe.gov.my.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Jun 2009.